PROSMA BERHAD (1197690-K) dibawah Penjenamaan PROSMA HOMES menyediakan PELAN PEMBAYARAN HARTANAH (PPH) kepada semua Pemaju untuk menjual Rumah dan Pembeli untuk membeli rumah tanpa pinjaman secara langsung.
Pelan Pembayaran Hartanah bermaksud membeli kediaman dengan cara Pembayaran Tertangguh Berjadual dalam jangkamasa maksima 30 tahun melalui ikatan yang sah dan patuh Syariah.
Melalui Pelan Pembayaran Hartanah pemohon dapat memiliki kediaman dengan lebih mudah tanpa pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan.
Selamat datang ke PROSMAHOMES. Sebelum menggunakan perkhidmatan PROSMAHOMES, Anda perlu melengkapkan pendaftaran PROSMAHOMES terlebih dahulu. Ikuti langkah mudah berikut untuk mula mendaftar.
Langkah 1 - Mengisi Borang Pendaftaran Secara Online di pautan PERMOHONAN dan pilih jenis pendaftaran.
Langkah 2 - Tunggu notis panggilan temuduga oleh Pihak Sekretariat.
Langkah 3 - Jika lulus temuduga, pemohon boleh mendaftar dengan membayar Fee Prosma Homes.
Langkah 4 - Permohonan Prosma Homes diproses dan disahkan.
Apabila Anda selesai mendaftar, kata laluan sementara akan diberikan. Sila cetak/simpan/catat kata laluan sementara berkenaan untuk log masuk kali pertama.
Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.
Apabila menggunakan PROSMAHOMES, Anda bersetuju untuk terikat di sisi undang-undang dengan terma yang dinyatakan, yang berkuat kuasa serta merta apabila Anda menggunakan laman web ini untuk pertama kali. Sekiranya Anda tidak bersetuju untuk terikat di sisi undang-undang dengan terma dan syarat yang dinyatakan, Anda dinasihatkan untuk tidak mengakses atau menggunakan laman web ini.