Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja. Semua medan yang bertanda (*) wajib diisi.
PROSMA HOMES membuka peluang kepada semua pemaju yang berminat untuk menyertai Pelan Pembiayaan Kediaman secara sewamilik Prosma Homes ini dengan mendaftarkan aset-aset atau cadangan Pemajuan anda menerusi Sekretariat Prosma Homes.
Kriteria Pemaju-pemaju untuk mendaftar
- Memiliki kemampuan untuk menyiapkan Projek secara Self Financing.
- Memiliki unit-unit yang masih belum dijual / unsold units.
- Memiliki Cadangan Pemajuan Baru di sesuatu lokasi strategik.
Method of Payment
Mengikut terma dan syarat Sewamilik (Rent To Own) Prosma Homes.
Proses Pendaftaran
Pemaju perlu berdaftar secara atas talian terlebih dahulu dan seterusnya menghantarkan Surat Hasrat kepada Pihak Pengurusan Prosma Homes bersama Profil Syarikat, Profil Projek serta Cadangan Harga melalui email pemaju@prosmahomes.my untuk perbincangan lanjut.
Pihak Sekretariat Prosma Homes (SPH) membuat penafian sekeras-kerasnya penglibatannya dalam melantik mana-mana Penganjur atau Perunding dari dalam atau Luar Negara bagi menguruskan pemajuan kediaman di bawah anjuran Pelan Sewamilik (Rent To Own) Sekretariat Prosma Homes. Pihak Sekretariat Prosma Homes (SPH) tidak pernah melantik mana-mana individu, organisasi atau syarikat bagi menganjurkan atau menganjurkan apa-apa program jual beli kediaman di bawah Sekretariat Prosma Homes. Oleh itu, semua pihak perlu menyemak terlebih dahulu dengan pihak Sekretariat Prosma Homes (SPH) sebagai pengesahan. Anda boleh hubungi kami di talian 03-4149 8807 atau email kepada inquiries@prosmahomes.my untuk sebarang maklumat lanjut.
Pihak SPH juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu kepada mana-mana pihak yang menggunakan website rasmi Sekretariat Prosma Homes dalam sebarang promosi yang berkaitan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Sekretariat Prosma Homes (SPH) terlebih dahulu.