Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Impian memiliki rumah sendiri merupakan satu isu keperluan di kalangan rakyat Malaysia sejak sekian lama. Kami, sememangnya prihatin dan bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan PELAN PEMBAYARAN HARTANAH PROSMA.
Perlaksanaan Pelan pembayaran mudah hartanah kepada pembeli semestinya menjadi satu tanggung jawab yang besar dan ianya perlu diolahkan secara amanah dan praktikal serta mesra ekonomi supaya ramai rakyat Malaysia dapat memiliki kediaman sendiri.
Para Komuniti yang saya hormati sekalian,
Izinkan saya memperkenalkan serba sedikit berkenanan Pelan Pembayaran Hartanah Prosma iaitu merupakan satu “Kaedah Pembayaran” yang mudah melibatkan persetujuan bersama antara PROSMA dengan Anda dalam satu ikatan akad yang sah dan patuh syariah selama tempoh maksima 30 tahun. Modul kewangan untuk pembayaran kediaman ini diasaskan dengan merujuk kepada sistem urus niaga Islam yang patuh syariah. Pelan pembayaran ini boleh menguntungkan masyarakat, Pemaju dan semua pihak yang terlibat dalam jangka panjang.
Pelan Pembayaran Hartanah ini sebenarnya mesti dilakukan oleh semua Pemaju yang menekankan aspek “Community Social Responsibility” (CSR) melebihi keuntungan dan ianya merupakan satu pelengkap kepada program pembiayaan perumahan sedia ada terutama melalui pinjaman bank.
PROSMA BERHAD, menerusi jalinan usahasama strategik bersama Pemaju dan Pelabur Perumahan berhasrat untuk menyediakan “Pelan Pembayaran Balik” kediaman kepada pembeli rumah dengan anggaran aset bernilai antara RM100,000.00 dan ke atas. Oleh itu, Prosma Berhad menyediakan kemudahan pembayaran secara bayaran berjadual (Deferred Payment) dalam masa 36 bulan sahaja kepada pemaju-pemaju yang turut serta dalam Pelan Pembayaran Hartanah Prosma Homes ini.
Akhir kata, saya menjemput seluruh anggota Masyarakat, Pemaju Perumahan dan para pelabur serta sektor Kerajaan untuk bersama-sama menjayakan Pelan Pembayaran Hartanah Prosma ini sebagai satu alternatif keperluan pembeli di masa hadapan dan akan menjadi sebagai salah satu pilihan utama untuk pembelian rumah tanpa melibatkan Institusi Perbankan secara langsung.
Sekian, wassalam.
Dato' Paduka Hj. Ab. Malek B. Hj. Ranting
Pengerusi PROSMA HOMES