DATO’ PADUKA HJ. AB MALEK B. HJ. RANTING
PENGERUSI PROSMA HOMES
Bekas Penjawat Awam Jusa C, dalam Pentadbiran Am Kerajaan Persekutuan, Beliau seorang Pemikir dalam Perlaksanaan Blue Ocean Strategic (NB.O.S) bagi Perancangan dan Pemantauan Projek Kerajaan Persekutuan dan Pelaksana Projek-Projek Khas Kerajaan Persekutuan sebelum bersara sebagai ex-SDO Wilayah Persekutuan.
Bergiat aktif dalam NGO sebagai Presiden Pewaris, Penasihat Sri Kandi dan kini menumpu perhatian kepada Pembangunan dan pelaksanaan Pelan Pembayaran Hartanah bersama Sekretariat Prosma Homes sebagai Pengerusi dan Pemegang Amanah Pelan Pembayaran Hartanah yang disokong penuh oleh Y.A.B Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.
TUAN ZAMRI ABDULLAH
KETUA SEKRETARIAT
PROSMA HOMES
Berkelulusan Dip. Perguruan Malaysia, Ijazah Sarjana Muda (Psikologi Komunikasi) dan Sains Sosial, Mempunyai pengalaman selama 16 tahun sebagai Pengerusi Konaim Berhad dan Komit Berhad dari tahun 2001 sehingga sekarang dan juga sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan Disleksia Terengganu dari tahun 2006 hingga 2008 di bawah Naungan YTM. Tengku Besar Terengganu, Syarifah Nong Alsegaff, Bonda Al-Sultan Terengganu Darul Iman.
Menjawat jawatan Ketua Sekretariat Prosma Homes (SPH) dan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan untuk perlaksanaan Pelan Pembayaran Hartanah, Penggubal dan Pelaksana Business Model (Perniagaan dan Keusahawanan) serta Motivator Keusahawanan DPMM, RISDA dan SIRIM Malaysia.
STRUKTUR PELAKSANA PELAN PEMBAYARAN HARTANAH (PPH)
"DISCLAIMER/PENAFIAN - Pihak Sekretariat Prosma Homes (SPH) membuat penafian sekeras-kerasnya penglibatannya dalam melantik mana-mana Penganjur atau Penyedia Dana dari dalam atau Luar Negara bagi membiayai mana-mana kediaman di bawah anjuran Pelan Pembayaran Hartanah (PPH). Pihak Sekretariat Prosma Homes (SPH) tidak pernah melantik mana-mana individu, organisasi atau syarikat bagi menganjurkan kutipan dana atau menganjurkan apa-apa program di bawah Sekretariat Prosma Homes. Oleh itu, semua pihak perlu menyemak terlebih dahulu dengan pihak Sekretariat Prosma Homes (SPH) sebagai pengesahan. Anda boleh hubungi kami di talian 03-4149 8807 untuk sebarang maklumat lanjut.
Pihak SPH juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu kepada mana-mana pihak yang menggunakan website rasmi Sekretariat Prosma Homes dalam sebarang promosi yang berkaitan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Sekretariat Prosma Homes (SPH) terlebih dahulu".